Keutamaan Solat Berjemaah Dalam Masjid
1.
Balasan Pahala kebaikan sebanyak 27 kali ganda.
Rasulullah
(sallAllahu alayhi wasalam) bersabda: “Solat jema’ah lebih utama dari solat sendirian
sebanyak 27 kali ganda”
(Al-Bukhari)
2.
Setiap langkah menghapus dosa
3. Hanya
dengan datang awal - duduk menunggu solat - kita akan mendapat pahala
seakan-akan dalam solat
4.
Malaikat berdoa untuk orang yang solat di masjid
Rasulullah,
Muhammad (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda: “Solat jema’ah melebihi solatnya
seseorang di dalam rumahnya dan solatnya di dalam bilik sendiri sebanyak 25
kali ganda.
Jika
seseorang dari kalian berwudhu lalu dia memperbagus wudhunya dan dia datang ke
masjid semata-mata hanya untuk solat, maka tidaklah dia melangkahkan kakinya
satu langkah pun melainkan Allah telah mengangkat darjatnya dan menghapus
dosanya (untuk setiap langkah) sampai dia masuk masjid.
Apabila
dia telah masuk masjid, maka dia sudah berada dalam (hitungan) solat selagi
solat tersebut menahannya (di masjid); dan para malaikat akan berdoa untuknya
selama dia masih berada di tempat Solat: “Ya Allah, ampunilah dosanya. Ya
Allah, keruniailah dia selagi dia tidak berhadas.”
(Hadith
Riwayat Al-Bukhari)
5. Janji
daripada Allah - Balasan pahala yang hebat
Rasulullah
bersabda, “Jika orang-orang mengetahui pahala yang ada pada (mengumandangkan)
adzan dan (solat di) saf pertama, kemudian mereka tidak mendapat peluang
(melakukan) tersebut kecuali hanya dengan mengadakan undian, maka mereka pasti
mengadakan undian.
Jika
mereka mengetahui pahala yang ada pada tahjir (datang pada awal waktu), nescaya
mereka pasti akan berlumba untuk itu (solat pada waktu awal).
Jika
mereka mengetahui pahala yang terdapat solat Isya’ dan solat Subuh, nescaya
mereka pasti mendatanginya meskipun terpaksa merangkak (ke masjid)”
(Al-Bukhari)
Rasulullah
bersabda: “Barangsiapa solat Isya’ secara berjemaah, maka (balasan pahalanya)
seolah-olah dia telah mengerjakan solat separuh malam.
Dan barangsiapa
solat Subuh secara berjemaah, maka seolah-olah dia telah mengerjakan solat
sepanjang malam itu”
(Muslim)
Rasulullah
bersabda: “Sesungguhnya dua solat ini (Isya’ dan Subuh) adalah solat yang
paling berat bagi kaum munafik. Seandainya kalian tahu (pahala dan kelebihan)
yang terdapat di dalamnya, nescaya kalian pasti mendatanginya meskipun dengan
terpaksa merangkak.
Sesungguhnya
saf pertama itu laksana para malaikat. Seandainya kalian tahu keutamaanya,
nescaya kalian pasti mendatanginya lebih awal.
Sesungguhnya
salatnya seseorang bersama seseorang yang lainnya (secara berjemaah) itu lebih
suci daripada solat sendirian, dan solat bersama dua orang lainnya itu lebih
suci daripada solat bersama satu orang, dan (jema’ah) yang lebih banyak lagi
itu lebih disukai oleh Allah”(Abu Dawud, An-Nasai)
6. Allah
GEMBIRA menyambut hambanya datang ke Masjid
Rasulullah
bersabda, “Tidaklah seorang Muslim berdiam di masjid untuk solat dan dzikir,
melainkan Allah berseri-seri (gembira menyambut)nya, sebagaimana keluarga orang
yang ditinggal berseri-seri menyambut kedatangan orang yang meninggalkan
mereka” (Ibn Majah, sahih)
7. Janji
sebuah rumah setiap kali pergi dan pulang ke masjid
Rasulullah
bersabda, “Barangsiapa pergi dan pulang dari masjid, maka Allah menyediakan untuknya
tempat di syurga setiap kali pergi dan pulangnya” (Al-Bukhari)
8.
Amalan yang paling dicintai Allah - solat awal
Dari
Abdullah ibn Mas’ud, dia berkata “Aku pernah bertanya kepada Nabi (SAW),
‘Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah?’
Beliau
menjawab, “Solat (tepat) pada waktunya”
Dia
bertanya lagi “Lalu apa?” Beliau menjawab
“Kemudian,
berbuat baik kepada kedua orang tua.”
Dia
bertanya lagi: “Lalu apa?” Beliau menjawab lagi, “Jihad fi sabilillah”
(Al-Bukhari,
Muslim)
9.
Rasulullah murka kepada mereka yang tidak ingin keluar untuk menunaikan solat
jemaah
Rasulullah
bersabda, “Tidak ada solat yang paling berat bagi kaum munafik melebihi solat
Subuh dan Isya’. Jika mereka tahu (kebaikan) yang ada pada keduanya, maka
mereka pasti mendatanginya meski harus dengan merangkak.
Sungguh
aku bermaksud menyuruh mu’adzzin untuk iqamat lalu aku menuruh seseorang untuk
mengimami jama’ah, kemudian aku akan mengambil obor api, lalu ku bakar rumah
orang-orang yang tidak keluar untuk solat setelah itu”
(Al-Bukhari,
Muslim)
10.
Orang yang mencintai masjid dijanjikan naungan Allah pada Hari yang tiada
naungan daripada kepanasan matahari selain daripada naungan-Nya
Rasulullah
bersabda, “Tujuh (golongan) orang yang akan diberi naungan oleh Allah dalam
naungan-Nya pada Hari (Qiyamat, di mana) tiada naungan melainkan naungan-Nya,
iaitu:
1)
Ketua/pemimpin yang adil
2)
Seorang pemuda yang membesar sejak kecil dalam ibadah kepada Allah
3)
seorang yang hatinya tergantung (cinta) kepada masjid-masjid
4) dua
orang yang saling cinta-mencintai demi Allah - keduanya berjumpa dan berpisah
kerana Allah
5)
seseorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan bangsawan yang cantik,
menolak godaan perempuan itu dan berkata “sesungguhnya aku Takut kepada Allah”
6)
seseorang yang bersedekah dengan sembunyi sehinggakan tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya
7)
seseorang yang ingat (/ berzikir) kepada Allah dalam keadaan bersendirian
sehingga melelehkan airmata dari kedua matanya”
(Al-Bukhari,
Muslim)
Daftar isi
.jpg)
